#Hiburan: “Siasatan Kes Zayn Rayyan Dah Lebih 90%, Akan Ada Tangkapan Tidak Lama Lagi” – Ketua Polis Negara

Setelah lebih sebulan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin dalam siasatan, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan bahawa terdapat perkembangan memberansangkan mengenai siasatan tersebut.

Memetik laporan Berita Harian, siasatan polis dilaporkan sudah melepasi 90 peratus termasuk elemen forensik, patologi, keterangan saksi dan siasatan di tempat kejadian.

Advertisement

Zayn Rayyan

Tumpuan kita (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) adalah meneliti dan mengkaji semula maklumat risikan yang ada selain mengumpul maklumat-maklumat yang baru.

Melalui maklumat risikan sedia ada dan hasil siasatan yang sudah dikumpul kita akan mengkaji sebelum melakukan tindakan selanjutnya.

Maklum Razarudin lagi, pihak mereka berkemungkinan akan melakukan tangkapan ke atas suspek yang dirasakan bertepatan dengan lebih 50 % keberangkalian berdasarkan keterangan siasatan.

Ujarnya lagi, cabaran terbesar yang dihadapi ketika menyiasat kes ini adalah polis tidak mempunyai motif utama sebagai petunjuk yang penting dalam mana-mana siasatan kes jenayah.

Terdahulu, pihak forensik dan patologi mendapati Zayn meninggal dunia akibat kecederaan pada leher dan badan kerana mempertahankan diri.

225 individu sudah dirakam percakapan selain 248 sampel DNA milik penduduk dan orang terdekat telah diambil bagi tujuan siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

mengamuk
1 hour ago

(VIDEO) "Abang Pernah Bake Ke?" - 6 Jam Beratur Nak Beli Cromboloni, Netizen Bengang 'Owner' Cafe Biadab Dengan Pelanggan

The post “Siasatan Kes Zayn Rayyan Dah Lebih 90%, Akan Ada Tangkapan Tidak Lama Lagi” – Ketua Polis Negara first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments