#Hiburan: Shuk Sahar Dedah Pernah Dipecat Stesen Radio Popular, Bukan Sebab Curang Tapi…. – “Masa Dia Cakap Tu Aku Dah Pucat”

Umum mengetahui pelawak Shuk Sahar pernah ditamatkan kontrak di Hot FM gara-gara kontroversi curang dan krisis rumah tangganya yang hangat menjadi bualan suatu ketika dahulu.

Namun, pelawak itu mendedahkan rupa-rupanya dia juga pernah dipecat daripada sebuah stesen radio swasta yang lain, Era FM pada awal penglibatannya dahulu.

Advertisement

 

Buat kerja ‘berani mati’

Menerusi temu bual podcast baru-baru ini, Shuk berkata ketika itu dia bertugas sebagai penyampai radio pada hujung minggu sahaja.

Pada hari raya pertama, dia telah dijadualkan untuk bertugas tetapi kerana mahu pulang ke kampungnya di Pulau Pinang dia membuat satu tindakan ‘berani mati’.

shuk sahar

Menurut Shuk, dia telah merakam segmen tersebut lebih awal dan meminta rakan-rakannya untuk menyamar menjadi pemanggil di talian.

Aku datang (konti) malam raya tu. Aku rekod siap siap, sepatutnya show tu tak boleh rekod. Aku suruh kawan kawan menyamar jadi pemanggil.

 

Kantoi dengan bos

Keesokan hari, dia bergerak ke Pulau Pinang pada jam 6.30 pagi dan sewaktu hampir sampai destinasi dia telah dihubungi oleh majikannya.

Bos radio call aku suruh ubah lagu sebab lagu tu dah nak padam. Aku terdiam, mula mula dia telefon tu aku siap pasang radio bagi dengar macam suasana konti.

 

Masa dia cakap padam tu muka aku dah pucat. Aku cakap, ‘bos saya dah nak sampai ni’. Dia maki aku, dia cakap ‘minggu depan kau datang ambil surat resign’.

1 day ago

"Kecoh Sangat Pasal Rating, Ini Data.." - Tak Sudi Difitnah, Tyzo Sangkal Dakwaan 'Rating' Segmen Petangnya Rendah

The post Shuk Sahar Dedah Pernah Dipecat Stesen Radio Popular, Bukan Sebab Curang Tapi…. – “Masa Dia Cakap Tu Aku Dah Pucat” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments