#Hiburan: “Selamat Tinggal, Aku Sayang Kau, Aku Akan Tuntut Keadilan Untuk Kau” – Kakak Bella

Kakak kepada mangsa pembunuhan kejam Bella, Mira Sharmila Samsusah tampil membuat ucapan selamat tinggal kepada adiknya itu setelah polis mengesahkan rangka manusia yang ditemui di Tongkang Pecah, Batu Pahat sah milik ibu tunggal tersebut.

Mira, 36, meluahkan rasa sedih di hati apabila mengetahui adiknya menjadi mangsa kekejaman manusia tidak berhati perut menerusi satu hantaran di Facebook, malam semalam.

Advertisement
BellaSumber : Facebook  

Dukacita saya maklumkan ujian DNA mengesahkan rangka itu milik Bella. Berat dugaan kami sekeluarga.

Selamat tinggal Bella. Aku sayang sangat ko bila. Aku akan tuntut keadilan atas pemergian kau ni.

Dalam hantaran yang sama, Mira memaklumkan bahawa jenazah akan dibawa pulang ke Batu Pahat dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Banang, hari ini.

Dia juga turut mengajak kenalan dan rakan-rakan adiknya untuk hari melakukan solat jenazah buat kali terakhir buat Bella.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dolla melaporkan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) satu rangka manusia yang ditemui dalam rumah sewa terbiar di Kampuang Batu 7, Tongkang Pechah, Batu Pahat itu adalah milik Bella.

Hari ini, seorang daripada tiga suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kes kehilangan Bella didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat. Pertuduhan akan dibaut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

4 weeks ago

"Tengok CCTV, Tak Ada Kelibat Dia" - Terus 'Ghaib' Lepas Keluar Ke Dobi Dengan Kekasih, Kehilangan Bella Penuh Misteri

The post “Selamat Tinggal, Aku Sayang Kau, Aku Akan Tuntut Keadilan Untuk Kau” – Kakak Bella first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments