#Hiburan: “Kalau Macam Ni Mentaliti Kita, Ramai Jadi Penyangak..” – Aeril & Wawa Dedah Wajah Pekerja Pecah Amanah, Ada Netizen Tampil ‘Backup’

Baru-baru ini pasangan pelakon dan usahawan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telah diuji apabila seorang lelaki yang merupakan pekerja mereka didakwa telah melakukan pecah amanah.

Rakaman CCTV

Kerana tidak dapat menahan marah, Aeril dan Wawa telah memuat naik rakaman litar tertutup (CCTV) yang melihatkan individu yang sedang mengambil stok barangan syarikat tanpa kebenaran.

Advertisement

Ada yang kenal ke mamat ni? Kes staff pecah amanah dan bawa lari stok.

Dia ingat satu kotak ratus ratus ringgit, satu kotak tu belas belas ribu ringgit.

wawaSumber : Instagram  

Disangka buka aib

Sebaik sahaja hantaran tersebut dimuat naik di akaun Instagram masing-masing, timbul pandangan yang berbeza dari sesetengah netizen. Ada yang seperti membelahi individu berkenaan kerana kasihan wajahnya diviralkan.

Namun pada masa yang sama, ramai juga yang setuju dengan Aeril dan Wawa yang tidak melindungi lelaki berkenaan yang telah melakukan kesalahan.

Komen yang backup pencuri pun masalah. Kalau macam ni mentaliti orang kita, ramai jadi penyangak. Mencuri tetap salah, jangan halalkan benda salah.

wawaSumber : Instagram  

Pasangan ini mendedahkan wajah pekerja itu disebabkan gagal menghubungi individu terbabit setelah beberapa kali panggilan telefon dan mesej tidak dijawab.

BACA: Semoga Ini Dapat Membantu.. Bayar Zakat Lebih Sejuta, Aeril Dan Wawa Syukur Selesai Tanggungjawab

 

The post “Kalau Macam Ni Mentaliti Kita, Ramai Jadi Penyangak..” – Aeril & Wawa Dedah Wajah Pekerja Pecah Amanah, Ada Netizen Tampil ‘Backup’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments