#Hiburan: “Raja Permaisuri Siap Bagi Duit..” – Rezeki Ibu Mengandung, Uyaina Arshad Dihadiahkan Wang Tunai Oleh Raja Permaisuri Agong

Pengacara dan pelakon popular, Uyaina Arshad baru-baru ini telah menarik perhatian netizen apabila dirinya telah menerima wang daripada Raja Permaisuri Agong Tungku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah semasa kunjungan Diraja di Media Prima semalam.

Wang untuk baby

Dalam video yang dikongsikan olehnya di aplikasi X, Uyaina terlihat terkejut apabila menerima hadiah wang tunai dari Raja Permasuri Agong selepas diberitahu dirinya sedang hamil anak kedua.

Advertisement

Untuk simpanan anak

Pada masa yang sama, pelakon ini turut menjelaskan bahawa duit yang diberikan oleh Raja Permasuri Agong itu akan digunakan untuk anakanya di masa depan dan akan dimasukkan ke akaun simpanan.

Tuanku dan Raja Permaisuri Agong sangatlah mesra dan penyayang. Raja Permaisuri siap bagi duit untuk baby lepas tahu saya mengandung.

MasyaAllah rezeki baby Alhamdulillah. Terima kasih Tuanku dan Raja Permaisuri Agong atas kunjungannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

Terdahulu, Uyaina telah memaklumkan bahawa dirinya sedang hamil anak kedua dan kini telah memasuki fasa trimester kedua.

uyaina
2 weeks ago

"Tolong Doakan Keluarga Kecil Kami.." - Tahun Baru Rezeki Baru, Uyaina Arshad Kongsi Berita Hamil Anak Kedua

The post “Raja Permaisuri Siap Bagi Duit..” – Rezeki Ibu Mengandung, Uyaina Arshad Dihadiahkan Wang Tunai Oleh Raja Permaisuri Agong first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments