#Hiburan: Pensyarah Nikahi Pelajar ‘Intern’ Di Thailand, Ibu Bapa Langsung Tak Tahu – “Nanti Lepas Konvo Kami Bagitahu”

Alangkah luluhnya hati seorang isteri apabila bukan sahaja diduakan malah ditipu juga oleh seorang suami tentang status poligaminya itu.

Berdasarkan satu perkongsian di Facebook, seorang Perunding Psikologi Keluarga & Guaman Syarie telah menceritakan satu kisah tentang wanita yang mengadu hal rumah tangga kepadanya.

Advertisement

Kata wanita itu, dia baru sahaja mendapat tahu bahawa suaminya telah berkahwin tanpa izinnya dan lebih mengejutkan adalah madunya merupakan anak muda.

nikah

 

Jumpa mesej dan emel dengan perempuan

Ujar wanita berkenaan, dia mula perasan perubahan suaminya yang mudah marah selain melayani anak-anak dengan kasar sedangkan dia tidak seperti itu.

Saya check Telegram ada mesej seorang perempuan mengaku sayang dekat suami tapi bila tanya suami tak mengaku. Katanya perempuan tu yang kacau dia.

Namun, rasa curiga yang masih ada di dalam hati membuatkan wanita itu tergerak hati untuk memeriksa laptop si suami dan terjumpa emel dengan seorang perempuan.

 

Rupanya nikah dengan student!

Disebabkan itu, dia meneruskan ‘penyiasatan’ dan telah pergi ke pejabat suami di mana pembantu peribadi lelaki tersebut membenarkannya menunggu di dalam.

PA kata dia tak masuk lagi, dia buka pintu bagi saya tunggu kat dalam. Saya periksa drawer jumpa surat nikah Narathiwat.

Suaminya kemudian mengaku telah bernikah satu lagi namun memintanya untuk mengunci mulut kerana isteri keduanya merupakan pelajar yang masih menjalani latihan industri.

Lebih mengejutkan, kedua ibu bapa pelajar tersebut tidak tahu menahu tentang pernikahan mereka di Narathiwat.

kahwin student

1 week ago

"Nikah Pun Baru Setahun Jagung Kan..." - Wanita Terjumpa Mesej Ibu & Adik Kandung Mengumpat, Tak Puas Hati Dengan Kehidupannya

The post Pensyarah Nikahi Pelajar ‘Intern’ Di Thailand, Ibu Bapa Langsung Tak Tahu – “Nanti Lepas Konvo Kami Bagitahu” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments