#Hiburan: “Saya Tak Pernah Sebut Saya Orang Susah” – Derrick Gan Jawab Tuduhan ‘Mengemis’ Hadiah Motosikal

Individu yang menjadi bualan warga maya baru-baru ini kerana tindakannya menjual motosikal demi menunaikan hsarat menonton perlawanan skuad negara di Piala Asia Qatar, Derrick Gan tampil menjawab tuduhan serta cemuhan netizen yang mendakwanya ‘mengemis’ hadiah motosikal daripada pihak tertentu.

Dituduh ‘meminta’ hadiah motosikal

Derrick menerusi satu hantaran di Facebook ada memuat naik tangkap layar komen warga maya yang mempersoalkan status kehidupannya sehingga dia layak mendapat hadiah motosikal.

Advertisement

“Boleh sesiapa pastikan sama ada dia (Derrick) orang susah? Saya rasa tak” komen individu tersebut.

Tak minta publisiti

Jelas Derrick, dia tidak pernah menyebut bahawa dirinya orang susah selain tidak pernah meminta publisiti daripada media.

Adakah saya pernah menyebut bahawa saya orang susah? Adakah saya meminta jurukamera untuk mengambil visual saya? Adakah saya meminta motosikal yang telah diberikan kepada saya?

Derrick ganSumber : Googl  

Siapa sangka bahawa saya akan menjadi tular? Katakan apa sahaja yang anda mahu, tetapi jangan kata perkara yang tidak keluar dari mulut saya. Perkara yang tidak keluar dari mulut saya adalah konspirasi.

Ujarnya lagi, segala apa yang terjadi terhadap dirinya adalah kerana kisah menjual motosikal untuk ke Qatar menjadi viral dan dia menerima apa sahaja yang dikatakan netizen, tidak kiralah positif mahupun negatif.

Sejurus pulangnya Derrick dari Qatar, dia dilaporkan menerima hadiah motosikal daripada pihak tertentu sehingga menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Konten
19 hours ago

(VIDEO) "Makcik Tak Suka Kamu" - Gadis Putuskan Hubungan, Bakal Mak Mentua Tegur Kerap Buat 'Content' Di Media Sosial

The post “Saya Tak Pernah Sebut Saya Orang Susah” – Derrick Gan Jawab Tuduhan ‘Mengemis’ Hadiah Motosikal first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments