#Hiburan: “Sekali Gus Merawat Duka Laranya Di Depan Kaabah..” – Tyzo Ditawarkan ‘Healing’, Dapat Tajaan Mengerjakan Umrah

Baru-baru ini Pengasas Jay Ibrahim Al Islam Travel & Tours telah berbesar hati untuk menawarkan bekas penyampai radio Suria FM, Tyzo Xander tawaran untuk menunaikan ibadah Umrah sebagai cara ‘mengubati’ luka di Tenah Suci Mekah.

Terpanggil untuk menaja

Menurut Jay Ibrahim, dia tidak sengaja berasa terpanggil untuk menaja Tyzo selepas mendengar berita kontroversi tentang penamatan kontraknya di Suria FM dan didakwa telah dianiya oleh pihak stesen radio tersebut.

Advertisement

Saya terpanggil untuk taja Tyzo menunaikan umrah, sekali gus merawat duka laranya di hadapan Kaabah.

 

Semoga apa sahaja kesulitan yang dihadapainya, dipermudahkan oleh Allah SWT.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tyzo X xander (@tyzoxander)

Terima tawaran

Pada masa yang sama, menurut laporan, ketika Tyzo dihubungi memberitahu, dia telah menerima tawaran tersebut namun tidak mahu mendedahkan hal itu secara terperinci. Namun, bekas penyampai radio itu sempat menyatakan rasa syukur kerana menerima tawaran mengerjakan Umrah itu.

Betul, saya ada dihubungi (Jay Ibrahim). Tapi saya tidak boleh kongsikan lebih lanjut tentang tawaran tersebut.

 

Apa-apa pun saya sangat gembira dan bersyukur dengan peluang yang diberikan. Alhamdulillah, saya sangat gembira dan menganggap ini sebagai rezeki yang tidak disangka-sangka.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

dj lin
19 hours ago

"Saya Tiada Masalah Untuk Berdamai.." - Tyzo Redha, Tetap Mendakwa DJ Lin Dan Jay Jay Bersalah

The post “Sekali Gus Merawat Duka Laranya Di Depan Kaabah..” – Tyzo Ditawarkan ‘Healing’, Dapat Tajaan Mengerjakan Umrah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments