#Hiburan: (FOTO) Atikah Suhaime ‘Off Market’, Pilih CEO Produk Zaitun Sebagai Suami

Pelakon jelita, Atikah Suhaime menamatkan zaman solo apabila dia sah bergelar isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Zaitun, Datuk Lokman Teh dengan sekali lafaz pada jam 8.55 malam Ahad.

Berwalikan bapa Suhaime Jamali, pernikahan Atikah dan Lokman disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Advertisement

Bertemakan Sakura, perkahwinan tersebut dilangsungkan di sebuah dewan sekitar Kuala Lumpur dan hanya dihadiri keluarga serta teman rapat kedua-dua mempelai.

Difahamkan, aktres itu menerima tujuh dulan berbalas sembilan selain menerima mas kahwin bernilai RM300 sementara wang hantaran pula dirahsiakan.

Atikah Suhaime

Sebelum ini, Atikah dan Lokman sudah menjalin hubungan cinta sejak tahun 2019 dan mengikat tali pertunangan pada Disember tahun lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Shuib
4 days ago

(VIDEO) "Jangan Ambil Hak Orang, Haram Tetap Haram" - Individu Dakwa BubbleBee Masih Belum Jelaskan Hutang KWSP Dari Tahun 2022 Hingga 2023

The post (FOTO) Atikah Suhaime ‘Off Market’, Pilih CEO Produk Zaitun Sebagai Suami first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments