#Hiburan: ‘Penyondol’ Mengaku Hantar Sihir, Isteri Pelakon Dakwa Anak Dalam Kandungan ‘Hilang’ – “Siap Hantar Video Berz*na Dulu”

Isteri kepada pelakon Azlan Komeng, Nur Nilam meluahkan rasa kesal dengan sikap seorang wanita yang didakwa sering menganggu rumah tangga mereka sehingga tergamak menghantar sihir pemisah.

Dakwa Nilam, wanita itu mengaku ada menghantar sihir dan pernah mengirimkan video-video lucah bersama suaminya itu sebelum ini.

Advertisement

Manalah maruah kau ni kan? Tak habis dengan sihir kau hantar dekat aku. Kau nampak tak jalan, kau nampak aku sihat, kau hantar screenshot bagai macam-macam dekat aku. Hari ni kau hantar video kau dengan Komeng.

Tidak tergugat dengan ugutan dan ancaman wanita itu, Nilam menerusi TikTok berkata dia sama sekali tidak ‘melantun’ sebaliknya perbuatan itu hanya menunjukkan bahawa betapa rendahnya maruah individu itu seabgai seorang wanita.

Nilam juga menafikan bahawa dia cuba untuk memburukkan suaminya dan menganggap setiap orang pernah melakukan kesilapan.

Kisah lepas Azlan Komeng aku tak hirau, tak heran, aku tak mahu campur, aku tak mahu tahu. Setiap orang ada kisah silam. Sekarang ni aku nak berjalan dengan dia. Janganlah campur, sudah-sudahlah.

Malah, Nilam juga mendakwa bahawa dia ‘kehilangan’ anak dalam kandungan gara-gara sihir yang dihantar wanita itu.

Saya sepatutnya melahirkan anak-anak saya pada September tetapi saya dan suami sekarang berada dalam keadaan berharap. Bukan keguguran tetapi hilang, perkara ini disebabkan sihir pihak sana yang mahukan suami saya tapi tak dapat.

Difahamkan, Nilam dan Azlan sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai pada Mei lalu berkenaan gangguan pihak ketiga dan kes masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Abang tesla bini kedua
19 hours ago

"Kita Je Yang Lalai.." - Tular Video Abang Tesla Belikan Cincin Untuk 'Girlfriend', Foto Isteri Kedua Turut Kelihatan

The post ‘Penyondol’ Mengaku Hantar Sihir, Isteri Pelakon Dakwa Anak Dalam Kandungan ‘Hilang’ – “Siap Hantar Video Berz*na Dulu” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments