#Hiburan: “Kalau Betul La Dia Kawan Saya..” – Nabila Huda Tunjuk Nad Zainal ‘Blocked’ Dia Di Media Sosial

Satu perkongsian di media sosial laman hiburan semalam telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen.

Dalam hantaran tersebut, pelakon Nabila Huda telah ditemu bual oleh media mengenai status persahabatannya bersama Nad Zainal selepas aktres itu ada memberi kenyataan bahawa dia ingin fokus kepada suami dan anak-anak sahaja pada ketika ini.

Advertisement

Nabila Huda sebelum ini ada meninggalkan komen di sebuah ‘page’ hiburan di mana dia bertanyakan siapakah Nad Zainal, adakah dia seorang pelakon.

Dalam temubual itu, Nad masih mengekalkan reaksi yang sama di mana dia tidak mengenali siapakah Nad Zainal.

Malah, dia turut menunjukkan bahawa akaun Instagram miliknya telah disekat oleh aktres itu.

Ia sekaligus menimbulkan tanda tanya terutamanya dalam kalangan peminat, sama ada masing-masing sedang bermasam muka dan sedang bergaduh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HibGlam (@hibglam.com.my)

Sebelum ini pelakon Sherry Alhadad juga ada ditanyakan mengenai hubungannya bersama Nad Zainal di mana dia memaklumkan bahawa mereka masih lagi berkawan.

“Saya masih berhubung dengan ibu dan bapa Nad, saya gembira dia kini sudah menemui kebahagiaan yang dia cari malah bakal melahirkan anak tidak lama lagi. Semuanya berkat doa dan pertolongan orang ramai ketika dia memerlukan sebelum ini” ujar Sherry ketika ditemui Kosmo.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

nad zainal
1 hour ago

Respon Nad Zainal Dikritik Ramai, Dilabel Kacang Lupakan Kulit - "Sombongnya, Dulu Masa Ko Sakit 1 Malaysia Doakan"

The post “Kalau Betul La Dia Kawan Saya..” – Nabila Huda Tunjuk Nad Zainal ‘Blocked’ Dia Di Media Sosial first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments