#Hiburan: “Jarang Yang Hensem Tak Setia” – Kahwin 2 Sebab Zuriat, Netizen Bandingkan Abang Tesla Dengan Izzue Islam & Beto Kusyairy

Seperti diketahui ramai, kenyataan pempengaruh TikTok, Abang Tesla mengenai kahwin satu lagi atas tujuan mahu zuriat sememangnya membuat rasa pihak ‘naik darah’.

Tidak bersetuju dengan pandangan Abang Tesla, seorang pengguna di platform TikTok tampil membuat satu video membandingkan influencer terbabit dengan dua selebriti tampan, Beto Kusyairy dan Izzue Islam.

Advertisement

Individu terbabit turut memuji kesetiaan dua selebriti itu biarpun masih menunggu zuriat selepas lebih dari 10 tahun mendirikan rumah tangga.

Meninjau di ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen bersetuju dengan kata-kata individu terbabit dan banyak lagi respon yang ditinggalkan oleh pengguna lain.

komen

komen

Sekadar info, beberapa minggu lalu, Abang Tesla mendatangkan kemarahan netizen selepas memuat naik video selepas solat bersama isteri sebelum dirinya bernikah dengan wanita lain tiga jam selepas itu.

2 days ago

Kalau Isteri Kedua Pun Tak Ada Anak, Abang Tesla Jawab - "Kahwinlah Lagi. Nak Kahwin 3, 4 Senang"

The post “Jarang Yang Hensem Tak Setia” – Kahwin 2 Sebab Zuriat, Netizen Bandingkan Abang Tesla Dengan Izzue Islam & Beto Kusyairy first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments