#Hiburan: “Ayah Baik Tapi Kenapa Dia Curang” – Anak Kecewa Bapa Ada ‘Affair’ Ketika Ibu Sakit, Nampak Mesej Dari ‘Penyondol’

Seorang lelaki tergamak berlaku curang dan menduakan isterinya yang kini sedang terlantar sakit malah ia bukanlah pertama kali dia berbuat sedemikian.

Kisah itu dikongsikan anaknya yang meluahkan kekecewaannya apabila dia sendiri yang menangkap bapanya curang menerusi mesej di Whatsapp.

Advertisement

Ceritanya, kejadian itu berlaku beberapa bulan lepas dan dia ternampak mesej di telefon bapanya daripada nombor seseorang yang tertulis, “Sibuk lagi ke sayang?”.

Masa itu sumpah rasa nak luruh jantung. Saya teringat 10 tahun lepas, saya trauma apabila pernah jadi macam ini masa ibu sihat lagi.”

Ketika kali pertama kantoi, berlaku pergaduhan besar di antara kedua ibu bapanya dan ia sangat memberi kesan terhadap dirinya dan kehidupannya.

Saya jadi takut dan benci dengan lelaki. Sekarang saya nampak mesej macam itu lagi, kali ini saya takkan bagi ibu tahu sebab ibu tengah sakit, perlukan rawatan dialisis, menghidap radang sendi.”

Tambah individu itu lagi, dia kini sedang mengumpul bukti berkaitan kecurangan bapanya kali kedua namun akui tidak tahu apa yang mahu dilakukannya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

4 weeks ago

"Saya Dah Mula Suka Awak" - Isteri Kantoi Curang, Pernah 'Check In' Hotel Di Madinah Dengan Suami Orang Lain

The post “Ayah Baik Tapi Kenapa Dia Curang” – Anak Kecewa Bapa Ada ‘Affair’ Ketika Ibu Sakit, Nampak Mesej Dari ‘Penyondol’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments