#Hiburan: “Kasihnya Bapa!” – Madammu Dedah Suami Sanggup Beli Berbotol Air Mineral, Tak Mahu Anak Mandi Air Paip

Baru-baru ini, di laman TikTok usahawan kosmetik, Eriyca Baiduri atau mesra dikenali sebagai Madammu, dia ada berkongsi video memberitahu suaminya, Muhammad Azri Che Noh terlalu memanjakan bayi mereka.

Madammu berkata, suaminya tidak mahu anak mereka, Ahmad Kayden yang masih bayi mandi air paip sewaktu berada di kampung, Besut, Terengganu.

Advertisement

Oleh kerana itu, suami Madammu sanggup membeli air botol mineral berbotol-botol untuk dijadikan sebagai air mandian anaknya itu.

Ini bukan kerja mummy, ini kerja papa. Over kan papa dia.

Dapat dilihat dalam rakaman video tersebut, pembantunya mencampurkan air suam bersama beberapa botol air mineral ke dalam bekas mandian bayi.

Walaupun terhibur dengan telatah suami tercinta, usahawan kosmetik itu yakin bahawa itu adalah salah satu cara suami menunjukkan kasih sayang terhadap anak.

Difahamkan juga, sebab utama suami melakukan itu kerana air di kampungnya terlalu keruh dan bimbang berlaku apa-apa jika menggunakan air itu sebagai air mandian bayi.

madammu ikon penyusuan 2023
2 days ago

Kaum Ibu Tak Puas Hati, Madammu Baru Dua Bulan 'Breastfeed' Dah Diiktiraf Jadi Ikon Penyusuan Ibu

The post “Kasihnya Bapa!” – Madammu Dedah Suami Sanggup Beli Berbotol Air Mineral, Tak Mahu Anak Mandi Air Paip first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments