Isu melibatkan Marissa Dania, suaminya, Aslam dan ibu iaitu Abby Abadi kembali menjadi bualan ramai selepas ketiga-tiga berbalas kenyataan melalui platform media sosial.
Biarpun sebelum ini Abby ada meminta untuk bertemu dengannya jika ingin memohon maaf tetapi hantaran terbaru selebriti terbabit telah membuatkan ramai yang berasa terkejut.
Melalui kenyataan terbaru Abby, dia menegaskan bahawa Aslam tidak perlu bertemu dengannya kerana permohonan maaf daripada lelaki terbabit tidak akan diterima langsung olehnya.
View this post on Instagram
Jangan datang, tiada keperluan untuk datang dan tiada maaf bagimu. Saya tiada menantu, lagi pula suami orang, tidak berminat, titik!
Bagaimanapun, apabila meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen kurang bersetuju dengan tindakan Abby itu dan berharap dia menyelesaikan kemelut keluarga ini secara baik.
The post “Tiada Maaf Bagimu, Saya Tiada Menantu” – Abby Abadi Tutup ‘Pintu Maaf’ Buat Aslam first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments