Melalui laporan Gelora, seorang lelaki yang memegang jawatan pimpinan yayasan sebuah pondok di Lombok Barat, Indonesia telah didakwa melakukan keganasan seksual terhadap pelajar-pelajarnya.
Walid janjikan proses ‘pensucian rahim’ tapi..
Difahamkan, suspek yang digelarkan sebagai ‘walid’ itu memperdayakan mangsa dengan menjanjikan proses ‘pensucian rahim’.
Perbuatan terkutuk itu sering dilakukan pada waktu malam di sebuah bilik yang terletak di pondok tersebut.
Pelajar tersebut dijanjikan akan melahirkan anak yang menjadi seorang wali.
Melalui hasil siasatan awal, perbuatan terkutuk itu mula dilakukan sejak tahun 2016 hingga 2023 dan hampir 20 pelajar yang sudah menjadi mangsa perbuatan jijik ‘walid’ itu, tetapi tujuh daripada mereka sudah pun membuat laporan polis.
Berani buat laporan kerana drama Bidaah
Sebahagian mangsa mengaku diperkosa, manakala selebihnya dicabul.
Perbuatan jijik yang dilakukan oleh lelaki tersebut terbongkar selepas ada antara mangsa yang menonton drama Malaysia bertajuk ‘Bidaah’ berasa berani untuk bersuara dan melaporkan kepada Unit Perlindungan Perempuan & Anak (PPA) Polresta Mataram.
Kerana drama Walid ini mereka berani untuk speak up.
The post Konon Proses ‘Pensucian Rahim’, Mangsa Dedah ‘Walid’ Perkosa Lebih 20 Pelajar – “Kerana Drama Bidaah Kami Berani Speak Up..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments