#Hiburan: Pesara Rugi RM109,500 Terperangkap Dalam Skim Pelaburan Libatkan Suami Selebriti Bergelar Datuk Seri

Seorang pesara lelaki mengalami kerugian sebanyak RM109,500 selepas dipercayai terperangkap dalam skim pelaburan yang melibatkan suami seorang selebriti bergelar Datuk Seri.

Memetik laporan Kosmo! Online, Mangsa berusia 58 tahun itu menggunakan wang simpanan persaraannya untuk membuat pelaburan dan telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu semalam.

Advertisement

savings

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, mangsa yang merupakan bekas pekerja pelantar minyak itu diperkenalkan dengan skim pelaburan patuh syariah berkenaan oleh seorang kenalannya pada 29 Januari 2023.

Mangsa yang berminat kemudian bersetuju untuk mendengar penerangan daripada ejen pemasaran skim pelaburan tersebut secara dalam talian melalui aplikasi Zoom Meeting.

 

Penerangan skim pelaburan itu didakwa diberikan oleh suami selebriti berpangkat Datuk Seri.

Azli turut berkata, pesara tersebut bersetuju melabur dalam pakej bernilai RM150,000 yang menawarkan pulangan 18 peratus setahun dalam tempoh tiga tahun.

lelaki salam tangan

Menurutnya, pada peringkat awal, mangsa menerima keuntungan berjumlah RM40,500 secara berperingkat seperti yang dijanjikan.

Bagaimanapun pembayaran keuntungan itu dikatakan terhenti bermula pada 29 Oktober tahun lalu menyebabkan mangsa berasa tertipu.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

Pesara Pegawai Bank Rugi RM15.1 Juta, Diperdaya Kenalan Dalam Pelaburan Saham Palsu
2 weeks ago

Pesara Pegawai Bank Rugi RM15.1 Juta, Diperdaya Kenalan Dalam Pelaburan Saham Palsu

The post Pesara Rugi RM109,500 Terperangkap Dalam Skim Pelaburan Libatkan Suami Selebriti Bergelar Datuk Seri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments