#Hiburan: “Benda Macam Ini Tak Perlu Ajar..” – Bekas Wartawan Jenayah Beri Respon Isu Pemakaian Penyampai Radio Ke Masjid Negara

Baru-baru ini, bekas wartawan jenayah iaitu Syahril A. Kadir telah berkongsi pengalamannya ketika aktif dalam dunia kewartawanan di mana dia sentiasa bersedia dengan baju Melayu, songkok dan tie.

Dia berkata, semua kelengkapan itu disimpan dalam box motor atau bawah seat kerana dia tidak akan sempat untuk pulang ke rumah lebih-lebih jika ada pemimpin negara yang meninggal dunia.

Advertisement

syahril a. kadir

 

Jadi wartawan jenayah ni kalau ada pembesar atau pemimpin negara yang meninggal dunia, kami yang kena buat liputan.

 

Since kekadang ada dress code yang kami kena ikut atau patuh, so senanglah nak tukar.

Dia turut berkata kerjaya sebagai seorang wartawan sudah tentu tidak sempat untuk pulang ke rumah kerana sedang bertugas. Mereka akan menukar pakaian di tandas saja dan yang penting pakaian itu perlulah berwarna hitam.

 

Syahril turut menekankan bahawa pemakaian yang menutup aurat sememangnya satu perkara yang bagus, namun kalau digabungkan dengan pematuhan kepada dress code majlis rasmi sudah tentu ia lebih menunjukkan profesionalisme dan rasa hormat.

Tutup aurat tu pun dah bagus sangat dah, tapi kalau tutup aurat dan ditambah lagi dengan follow dress code lagilah bagus.

syahril a. kadir

Dia turut mengingatkan bahawa perkara sebegini sebenarnya tak perlu diajar secara formal, cukup menggunakan common sense sahaja.

Benda macam ni tak perlu ajar, guna common sense je.

Sebelum ini, penampilan dua penyampai radio popular yang hadir ke majlis penghormatan terakhir Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi telah mengundang kecaman hebat dari netizen.

Menerusi video tersebut, salah seorang penyampai dilihat hanya mengenakan baju T, seluar jeans biru dan topi, manakala rakannya pula tampil dengan baju kurta dan beg silang dan berseluar jeans hitam.

20 hours ago

Beri Penghormatan Terakhir Buat Allahyarham Pak Lah, Pakaian Johan Ke Masjid Negara Ditegur Netizen - "Asal Tutup Aurat Tiada Isu"

The post “Benda Macam Ini Tak Perlu Ajar..” – Bekas Wartawan Jenayah Beri Respon Isu Pemakaian Penyampai Radio Ke Masjid Negara first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments