Kegembiraan menyambung semula pengajian selepas cuti Aidilfitri bertukar menjadi mimpi ngeri buat ratusan pelajar sebuah universiti awam di daerah ini apabila kolej kediaman mereka didakwa berada dalam keadaan amat tidak terurus, kotor dan membahayakan keselamatan.
Bermula dari pintu masuk, para pelajar dan ibu bapa yang menghantar anak masing-masing disambut dengan keadaan bangunan yang usang, dinding berkulat, bilik mandi rosak, tandas tersumbat dan peralatan elektrik seperti kipas siling yang longgar hingga hampir mencederakan pelajar.
“Macam bangunan lama ditinggalkan! Tandas pun langsung tak bersih. Ini ke rupa kolej universiti?” kata seorang waris yang mahu dikenali sebagai Man, meluahkan rasa terkejut ketika ditemui Kosmo!.
Lebih mengejutkan, ada waris mendakwa menemui bangkai kucing dan sarang kelawar dalam kawasan kolej kediaman berkenaan. Seorang ibu, Mira, berkongsi insiden ngeri apabila kipas siling di bilik anak perempuannya tiba-tiba tercabut dan jatuh nyaris mengenai kepala.
Universiti ni bukannya calang-calang. Tapi keadaan kolej macam ini sangat mendukacitakan. Mana perginya tanggungjawab pihak pengurusan?
Seorang pelajar dikenali sebagai Zamil turut mengesahkan keadaan itu, mendakwa kemudahan asas seperti tandas rosak, bekalan air sering terputus, dan perkhidmatan pembersihan yang lemah hingga menyebabkan sampah bertimbun.
Watch on TikTok
Internet pun perlahan. Kami nak belajar pun terganggu. Harap pihak universiti ambil tindakan segera, jangan tunggu sampai ada yang cedera atau jatuh sakit.
Difahamkan, pengurusan tertinggi universiti terbabit akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat. Sementara itu, netizen dan alumni mula menyuarakan rasa tidak puas hati di media sosial, mendesak agar kebajikan pelajar diberikan keutamaan segera.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Macam Rumah Nenek Kebayan” – Pelajar Universiti Awam Kecewa Fasiliti Kotor, Usang Dan Bahaya first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments