#Hiburan: “Bila Minta Maaf Tu? Orang Maki Hamun Anak Saya Kenapa Tak Pernah Pertahankan” – Abby Abadi ‘Sound’ Aslam

Semalam, kecoh di platform media sosial perbalasan status antara selebriti, Abby Abadi dan suami anak perempuannya, Marissa Dania iaitu Aslam di platform Threads hingga menarik perhatian ramai.

Abby ‘sound’ Aslam

Terbaru, Abby membalas semula kenyataan Aslam mengenai dirinya sudah pun memohon maaf kepada pihak keluarga Marissa susulan perkahwinan di Songkhla, Thailand.

Advertisement

Tampil bersuara mengenai hal tersebut, ibu kepada Marissa menegaskan bahawa Aslam hanya pernah memohon maaf kepadanya sekali sahaja dan selepas itu, langsung tidak berjumpa dengannya.

Bila minta maaf tu Aslam? Berapa lama dah kahwin dengan anak saya? Berapa kali dah datang jumpa saya?

‘Kenapa tak pernah pertahankan anak saya?’

Dalam pada masa yang sama, Abby juga menegur Aslam yang sama sekali tidak mempertahankan isteri keduanya, Marissa sewaktu gadis terbabit teruk dikecam oleh netizen susulan mengahwini lelaki yang berstatus suami wanita lain secara senyap.

Pastu last nak tanya, orang maki hamun anak saya, kenapa tak pernah pertahankan?

Sekadar info, Marissa Dania dan Aslam telah berkahwin di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023 tanpa pengetahuan ahli keluarga.

18 hours ago

Aslam Akhirnya Bersuara, Pernah Mohon Maaf Kepada Abby Abadi Sebelum Ini - “Saya Bersalah Tapi Bukan Tak Bertanggungjawab”

The post “Bila Minta Maaf Tu? Orang Maki Hamun Anak Saya Kenapa Tak Pernah Pertahankan” – Abby Abadi ‘Sound’ Aslam first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments