Hari ini, pempengaruh dan usahawan terkenal iaitu Jofliam atau nama sebenarnya Suhaimi sudah pun kembali bergelar suami buat wanita pilihan hatinya.
Menerusi hantaran di Instagram Story @munstara.event, ia memaparkan Jofliam dan isteri barunya iaitu Emira Delyati Dewi atau lebih dikenali sebagai Dewi duduk di atas pelamin selepas sesi akad nikah selesai.
Majlis akad nikah berlangsung dalam suasana sederhana namun penuh bermakna, dihadiri oleh keluarga terdekat dan sahabat handai.
Sebelum ini, tular di platform media sosial memaparkan satu kad kahwin yang didakwa milik Jofliam dan Dewi.
Dalam kad tersebut, tertera nama kedua-dua pihak beserta tarikh pernikahan mereka yang sudah berlangsung pada hari ini.
The post TERKINI Jofliam & Dewi Sah Bergelar Suami Isteri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments