#Hiburan: “Begitu Sayangnya Rosmah Pada Tun Hasmah..” – Video Dua Isteri Bekas Perdana Menteri Berpelukan Curi Tumpuan

Pemergian Perdana Menteri kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, bukan sahaja menyentuh hati rakyat, malah menyaksikan satu momen menyayat hati apabila dua figura penting negara, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali dan Datin Seri Rosmah Mansor, berpelukan penuh keharuan.

Kedua-dua tokoh wanita yang pernah memegang gelaran isteri Perdana Menteri itu bertemu selepas memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham di Masjid Negara, sebelum bergerak ke Makam Pahlawan bagi istiadat pengebumian rasmi.

Advertisement

Rakaman detik pertemuan tersebut yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @FSCO telah menarik perhatian ramai, memperlihatkan nilai kemanusiaan dan ukhuwah yang terjalin meskipun pernah berada di sisi pemimpin dengan latar politik berbeza.

“Sayup hati melihat dua insan kuat di belakang bekas-bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Razak,” tulisnya dalam kapsyen video berkenaan.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa terharu melihat kemesraan antara dua wanita yang pernah memainkan peranan penting di sebalik kepimpinan negara.

Begitu sayangnya Datin Seri Rosmah pada Tun Hasmah walaupun terpisah dengan Datuk Seri Najib yang berada di penjara, ikatan yang tidak akan putus.

Air mata meleleh menyaksikan para isteri bekas-bekas Perdana Menteri Malaysia masih kekalkan ukhuwah. Semoga negara kita sentiasa aman damai dan dilindungi Allah S.W.T dari segala kejahatan dan musuh negara.

Momen ini sekaligus menjadi simbolik kepada penyatuan dan nilai kemanusiaan yang melangkaui perbezaan politik, dalam suasana duka kehilangan seorang tokoh negara yang dihormati ramai.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

19 hours ago

"Aku Cari Bukan Harta Bertimbun-Timbun" - Sajak 'Ku Cari Damai Abadi' Karya Tun Abdullah Ahmad Badawi Kembali Tular

The post “Begitu Sayangnya Rosmah Pada Tun Hasmah..” – Video Dua Isteri Bekas Perdana Menteri Berpelukan Curi Tumpuan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments