#Hiburan: “Buka Tombol Pintu Tak Boleh, Pegang Terus Melecur Kulit Melekat” – Mangsa Kebakaran Putra Height Terpaksa Terjun Dalam Sungai

Sedia maklum, berita mengenai kebakaran di Putra Height yang berlaku, baru-baru ini, telah meraih perhatian ramai susulan kebakaran yang berlaku sangat teruk.

Mangsa kongsi kisah ‘mengerikan’ sewaktu kebakaran di Putra Height

Melalui platform X, seorang mangsa wanita yang duduk di rumah berhampiran dengan kawasan kebakaran berkongsikan momen-momen ketika kejadian berlaku.

Advertisement

Menurutnya, debu yang berterbangan di kawasan rumah mereka seolah-olah api yang berterbangan dan dia serta keluarga susah untuk melarikan diri kerana tidak dapat memegang pagar serta tombol pintu.

Bukak pagar tak boleh, bukak tombol pintu tak boleh. Pegang terus melecur kulit melekat.

Hujan pasir membakar apa sahaja, bahang api melecurkan badan

Tambahannya lagi, anak-anak terpaksa diselubungkan dengan kain, lalu berlari ke sungai berdekatan bagi menyelamatkan diri sendiri daripada haba api yang sedang marak ketika itu.

Sekeluarga lari terjun ke sungai berhampiran selamatkan diri dari bahang api yang terlalu kuat sehingga melecur anggota badan.

Bahkan, hujan pasir yang sangat panas ketika itu juga membakar apa sahaja yang disentuh sewaktu kejadian baru-baru terjadi.

pmx umum bantuan kebakaran putra height
2 hours ago

"Mangsa Terjejas Akibat Kebakaran Di Putra Height Akan Terima Bantuan RM2500 Hingga RM5000" - PMX

The post “Buka Tombol Pintu Tak Boleh, Pegang Terus Melecur Kulit Melekat” – Mangsa Kebakaran Putra Height Terpaksa Terjun Dalam Sungai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments