#Hiburan: Berhenti Tepi Jalan Raya Nak Buang Air Kecil, Pemandu Lori Cedera Parah Diterkam Harimau Kumbang

Semalam, tular satu video di platform media sosial memaparkan seorang pemandu lori berumur 50-an berhenti di tepi jalan untuk membuat air kecil diserang oleh seekor harimau kumbang di Bukit Tangga, Negeri Sembilan.

Pemandu lori diserang harimau kumbang tepi jalan raya

Difahamkan, mangsa telah diserang oleh harimau berkenaan secara tiba-tiba sewaktu dirinya mahu membuang air kecil di tepi jalan tersebut.

Advertisement

Kejadian tersebut dipercayai berlaku sekitar jam 3.30 petang dan video tular berdurasi 16 saat yang dirakam oleh dashcam sebuah kereta itu memaparkan seekor harimau kumbang menyerang mangsa.

Bagaimanapun, haiwan liar tersebut melarikan diri selepas mendapati terdapat beberapa kenderaan lain melalui jalan terbabit.

Dapat dilihat, selepas sahaja diserang harimau itu, mangsa terus rebah di tepi jalan dan beberapa foto dirinya cedera parah tular di platform media sosial.

Jangan berhentikan kenderaan di kawasan berpotensi hidupan liar

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Faizal Izham Pikri mengesahkan pihaknya sudah menerima laporan kejadian terbabit serta menasihati pengguna jalan raya untuk tidak berhenti di tepi jalan raya, terutama di kawasan berpotensi hidupan liar.

Saya nasihatkan buat masa sekarang kenderaan tidak berhenti di tepi jalan bagi elak kejadian tidak diingini.

gajah banyak halang jalan raya
5 months ago

Jalan 'Jam' & Perjalanan Tergendala Dua Jam Disebabkan 30 Ekor Gajah 'Bermain' & Tidur Di Jalan Raya

The post Berhenti Tepi Jalan Raya Nak Buang Air Kecil, Pemandu Lori Cedera Parah Diterkam Harimau Kumbang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments