#Hiburan: Polis Siasat Dakwaan Kerja Korek Tanah Punca Kebakaran Saluran Paip Gas Di Putra Heights

Polis akan menyiasat dakwaan bahawa kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya berpunca daripada kerja mengorek tanah di kawasan rizab Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS).

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, memaklumkan bahawa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta PETRONAS akan menjalankan pemeriksaan di lokasi tertentu bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran.

Advertisement
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, Sumber : Berita Harian 

Menurutnya, siasatan akan bermula hari ini kerana operasi semalam lebih tertumpu kepada usaha memadam kebakaran dan menyelamatkan mangsa yang terlibat.

Kami menerima pelbagai maklumat, termasuk dakwaan bahawa kerja mengorek tanah menjadi punca kebakaran. Siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti kebenaran dakwaan itu serta pihak yang bertanggungjawab.

Sebelum ini, PETRONAS mengesahkan kebakaran tersebut berlaku di saluran paip utama milik Petronas Gas Bhd pada pukul 8.10 pagi semalam.

pmx umum bantuan kebakaran putra height
1 hour ago

"Mangsa Terjejas Akibat Kebakaran Di Putra Height Akan Terima Bantuan RM2500 Hingga RM5000" - PMX

The post Polis Siasat Dakwaan Kerja Korek Tanah Punca Kebakaran Saluran Paip Gas Di Putra Heights first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments