#Hiburan: Penyewa Akui Trauma, Tidak Mahu Tinggal Di Putra Heights Lagi – “Kesan Kebakaran Tidak Masuk Akal..”

Seorang penyewa rumah di Putra Heights, Diyana Abdul Rahim nekad untuk berpindah apabila kediamannya rosak teruk akibat letupan saluran paip gas pada raya kedua yang lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Diyana mengakui dia sukar untuk menerima hakikat rumah sewanya yang terletak 100 meter dari lokasi kejadian mengalami kerosakan sehingga 60%.

Advertisement

kebakaran di putra heights

Kesan kebakaran tidak masuk akal. Saya tak dapat gambarkan kedahsyatannya dengan kata-kata.

Ketika kejadian itu berlaku, Diyana memberitahu dia berada di kampung untuk menyambut Hari Raya. Dia hanya mendapat tahu mengenai letupan itu melalui Whatsapp.

Pada awalnya saya tak risau, ingatkan rumah tak terjejas sebab jauh dari lokasi letupan.

 

Tapi rupa-rupanya rosak teruk juga. Saya rancang tak mahu tinggal di sini lagi. Saya akan pindah.

kebakaran putra heights

Keadaan rumahnya yang terbakar dan musnah itu mengubah persepsinya terhadap keselamatan di kawasan itu. Diyana mengesahkan dia tidak akan terus menetap di kawasan berkenaan selepas apa yang berlaku.

Meskipun trauma, Diyana bersyukur kerana majikannya memahami situasi yang dihadapinya dan membenarkan dia bekerja dari rumah buat sementara waktu.

Timbul Banyak Spekulasi Mengenai Kebakaran Paip Gas Di Putra Heights, Penduduk Tampil Bersuara - "20 Tahun Duduk Situ, Elok Je.."
2 days ago

Timbul Banyak Spekulasi Mengenai Kebakaran Paip Gas Di Putra Heights, Penduduk Tampil Bersuara - "20 Tahun Duduk Situ, Elok Je.."

The post Penyewa Akui Trauma, Tidak Mahu Tinggal Di Putra Heights Lagi – “Kesan Kebakaran Tidak Masuk Akal..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments