Baru-baru ini, pelawak yang dikenali ramai iaitu Shuib Sepahtu menganggap hutang puluhan juta ringgit yang perlu ditanggung olehnya adalah hal biasa memandangkan dirinya membuka perniagaan berskala besar.
Berjaya lunaskan sebahagian hutang dalam tempoh 2 bulan
Namun begitu, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad berkata dia telah berjaya membayar sebahagian hutang miliknya dalam tempoh dua bulan sahaja.
Alhamdulillah (hutang) sudah semakin berkurang, tak sampai puluhan juta seperti sebelum ini.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, pelawak terbabit mengatakan dirinya pergi ke beberapa agensi kerajaan bagi berbincangkan cara untuk dia melunaskan hutang yang tertunggak.
Bersyukur ramai beri kerjasama yang baik
Menurut Shuib, dia berasa bersyukur kerana semua pihak memberi kerjasama yang baik dengan membantunya agar dapat menyusun pembayaran hutang dengan lancar.
Saya melihat perniagaan saya sedang meningkat kembali. Jadi saya harap ia terus berkekalan.
Sekadar info, selain pihak bank, hutang Shuib turut melibatkan beberapa agensi kerajaan termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan juga Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
The post Tak Lagi Cecah Puluhan Juta Ringgit, Shuib Syukur Berjaya Lunaskan Sebahagian Hutang Dalam Masa 2 Bulan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments