#Hiburan: ‘Penyondol’ Makan Hati Tengok Foto Teman Lelaki Bahagia Dengan Isteri, Bangga Permintaannya Dituruti – “Dia Padam Gambar Isteri Lepas Saya Cakap..”

Baru-baru ini, tular satu luahan seorang wanita yang mengaku dia menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki berstatus suami orang sehingga mencetuskan kemarahan ramai.

Menerusi satu hantaran yang dibuat di aplikasi X, wanita berkenaan berseloroh memberi pesanan dan nasihat kepada para isteri yang menurutnya perlu lebih peka terhadap perlakuan suami masing-masing.

Advertisement

suami isteri

Kalau suami post gambar dengan family awak kemudian tiba-tiba dia padan semula, mungkin sebab ada wanita lain (scandal) yang cemburu.

Dia turut memberitahu teman lelakinya yang merupakan suami orang itu telah memadam gambar bersama isterinya selepas ditegur.

Teman lelaki saya padam gambar isteri dia lepas saya cakap mereka nampak bahagia bersama dan dia tak perlukan saya dalam hidup dia.

Walaupun identiti wanita itu tidak diketahui, perkongsian tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai dan rata-rata mengecam tindakan wanita tersebut.

Orang ramai berpendapat tindakan wanita itu sebagai tidak bermoral kerana bangga menjadi perosak rumah tangga orang lain.

komen twitter komen twitter

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

dr rushdi ramli sedih nora ariffin digelar penyondol
4 weeks ago

Suami Nora Ariffin Sedih Isteri Digelar ‘Penyondol’, Berkahwin Atas Kehendak Sendiri - “Dia Isteri Yang Baik..”

The post ‘Penyondol’ Makan Hati Tengok Foto Teman Lelaki Bahagia Dengan Isteri, Bangga Permintaannya Dituruti – “Dia Padam Gambar Isteri Lepas Saya Cakap..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments