#Hiburan: “Mangsa Terjejas Akibat Kebakaran Di Putra Height Akan Terima Bantuan RM2500 Hingga RM5000” – PMX

Susulan terjejas akibat kebakaran di Putra Height, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan mangsa-mangsa yang terlibat akan menerima bantuan sebanyak RM2500 hingga RM5000.

Bantuan segera akan dihulurkan buat mangsa

Menurut Anwar, pihak kerajaan dan PETRONAS akan menyalurkan bantuan serta-merta buat penduduk-penduduk yang terjejas.

Advertisement

Untuk langkah segera, dalam satu atau dua hari ini, PETRONAS atau kalau perlu, kerajaan persekutuan akan melihat keperluan untuk menambah lagi bantuan.

Banyak rumah & kenderaan yang rosak

Difahamkan, untuk rumah yang rosak yang sepenuhnya akan diberi sebanyak RM5000 dalam kadar segera, manakala rumah yang terjejas separuh akan diberi sebanyak RM2500.

Bantuan jangka panjang, termasuk pemulihan kawasan perumahan dan kebajikan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) sedang dibincangkan antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Petronas.

Sekadar info, sekitar jam 3.40 petang, kira-kira lebih 100 rumah, 148 kereta dan 11 buah motosikal terjejas akibat kebakaran yang berlaku berpunca daripada kebocoran paip gas bawah tanah.

lelaki tumbuk wanita
3 days ago

Netizen Berang Lihat Lelaki Kasari Wanita Gara-Gara Terlanggar Ahli Keluarga

The post “Mangsa Terjejas Akibat Kebakaran Di Putra Height Akan Terima Bantuan RM2500 Hingga RM5000” – PMX first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments