#Hiburan: Hujahan Rayuan Syed Saddiq Sambung Pagi Ini – “Tiba Masanya Untuk Kebenaran Dibela”

Pagi ini, Mahkamah Rayuan akan menyambungkan prosiding pendengaran rayuan Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atas empat dakwaan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram berkaitan dengan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).

syed saddiq

Advertisement

Hujahan yang dilakukan pada 19 dan 20 Mac lalu bersambung hari ini dengan mendengarkan hujahan responden iaitu Pendakwa Raya yang diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, yang sebelum ini tidak hadir susulan sakit tekak.

Selepas itu, hujah tersebut akan dibalas oleh Syed Saddiq dan panel boleh membuat keputusan pada hari itu atau menangguhkannya ke hari lain jika memerlukan masa untuk membuat sedemikian.

syed saddiq

Jika rayuan tersebut dibenarkan oleh mahkamah, Ahli Parlimen Muar itu akan dibebaskan daripada tuduhan dan responden masih boleh meneruskan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

abang syed saddiq
3 weeks ago

"Saya Sedih & Kecewa.." - Space Dollah Dedah Syed Saddiq Sedia Masuk Penjara Kalau Keputusan Tak Berpihak Kepadanya

The post Hujahan Rayuan Syed Saddiq Sambung Pagi Ini – “Tiba Masanya Untuk Kebenaran Dibela” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments