#Hiburan: Kebakaran Berlaku Di Saluran Paip Utama, Petronas Gas Akan Tanggung Rugi Kira-Kira RM25 Juta

Melalui laporan The Edge, kebakaran susulan bocoran gas yang berlaku di Putra Height beberapa hari lalu bukan sahaja memberi kesan kepada 305 mangsa, tetapi turut memberi impak yang besar buat Petronas Gas Bhd.

Petronas Gas akan tanggung rugi RM18 juta hingga RM25 juta

Daripada analisis MIDF Research, syarikat berkenaan bakal menanggung rugi kira-kira RM18 juta hingga RM25 juta susulan insiden kebakaran tersebut, di mana menyebabkan saham dihentikan dagangan selama satu jam sehingga 10 pagi, Rabu.

Advertisement

petronas tanggung kebakaran putra height

MIDF menganggar kerugian termasuk, kehilangan hasil (10%-15%) daripada paip terjejas, kos pembaikan (25%-30%), kompensasi awam (25%-35%) termasuk mangsa dan pemilik harta serta pengurusan reputasi.

Anggaran RM18 juta ini adalah minimum. Kerugian sebenar mungkin lebih tinggi bergantung pada tempoh pemulihan, tuntutan perubatan, dan ganti rugi harta.

Tanggung lagi kos tambahan RM5 juta

Dalam pada itu, Petronas Gas juga perlu menanggung kos tambahan sebanyak RM5 juta dalam masa 2 hingga 3 bulan buat pelanggan industri yang terjejas disebabkan kebakaran gas mereka.

Difahamkan, saham Petronas Gas yang ditutup pada RM16.88 sesaham (RM33.4 bilion nilai pasaran) dijangka akan memberi kesan kepada indeks FBM KLCI kerana ia merupakan komponen utama.

cidb tarik kenyataan media semula
1 hour ago

Hormat Proses Siasatan, Kenyataan Media Letupan Gas Di Putra Height Ditarik Balik Oleh CIDB

The post Kebakaran Berlaku Di Saluran Paip Utama, Petronas Gas Akan Tanggung Rugi Kira-Kira RM25 Juta first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments