Beberapa hari yang lalu, kecoh isu mengenai editor akhbar bahasa Cina iaitu Sin Chew tersalah cetak lambang bulan sabit pada Jalur Gemilang.
Tindakan yang keterlaluan dan memalukan
Hal tersebut telah meraih perhatian ramai dan salah seorang yang bersuara ialah Presiden Interim Parti Bersatu untuk Hak Rakyat Malaysia (Urimai), P. Ramasamy, di mana dia berasa kesal dengan tindakan pihak polis menahan editor serta timbalan editor Sin Chew.
Ramasamy menyifatkan tindakan berkenaan keterlaluan dan memalukan.
Dalam hantaran yang dimuat naik di akaun Facebooknya, dia merasakan permohonan maaf daripada pihak akhbar dan mengambil langkah bertanggungjawab dengan menggantung kedua-dua editor terlibat sudah mencukupi daripada terus menghukumi mereka.
Tindakan ini bukan sahaja keterlaluan, malah memalukan di mata dunia. Mengapa perlu menahan mereka apabila semua langkah untuk memperbetulkan kesilapan sudah diambil?
‘Tidak perlu diperbesarkan, pihak Sin Chew sudah mohon maaf secara ikhlas’
Ramasamy turut merasakann pihak polis terlalu menumpukan perhatian terhadap hal kecil, berbanding menangani isu keselamatan dan keadilan yang lebih besar dalam negara.
Ya, kelalaian dalam memaparkan bulan sabit pada bendera kebangsaan adalah perkara serius dan tidak boleh dipandang ringan. Namun, ia adalah satu kesilapan jujur, yang telah segara diakui dan disusuli dengan permohonan maaf yang ikhlas.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Ketua Editor dan Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew telah pun ditahan bagi membantu siasatan berhubung isu penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap di muka hadapan akhbar terbabit.
The post “Bukan Saja Keterlaluan Tapi Memalukan Apabila Pihak Polis Menahan Editor Sin Chew Hanya Kerana Kesilapan Tidak Sengaja” – Ramasamy first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments