Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata perkara tersebut (melantik bekas polis dan tentera sebagai warden) antara yang dibincangkan dalam mesyuarat bersama Ketua Pengarah Mara, Datuk Zulfikri Osman semalam.
Dalam perbincangan itu, beliau mencadangkan supaya warden dilantik secara kontrak dan melalui proses temuduga serta penilaian menyeluruh.
Semalam saya berbincang dengan Ketua Pengarah Mara bagi menghapuskan budaya buli ini.
Warden ini boleh dilantik melalui proses temuduga dan penilaian menyeluruh terhadap calon dalam kalangan pesara tentera atau polis. Mereka mestilah berpotensi untuk menerapkan disiplin serta memantau pembangunan sahsiah dan peribadi pelajar asrama.
Beliau berkata demikian dalam satu komen di Facebook susulan pemberhentian sekolah tujuh pelajar yang terlibat dalam kes buli baru-baru ini.
Keputusan buang sekolah itu dibuat berdasarkan syor Jawatankuasa Disiplin MRSM selepas tular satu video yang memaparkan sekumpulan pelajar membuli seorang pelajar lain.
Video berdurasi lebih seminit itu menunjukkan seorang pelajar dipukul oleh beberapa rakannya di atas katil, termasuk dipukul dengan tali pinggang di bahagian punggung.
Pengerusi Mara itu mengesahkan tujuh pelajar terlibat secara langsung dalam insiden tersebut, manakala lima lagi dikenal pasti sebagai rakan subahat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Asyraf Wajdi Cadang Lantik Bekas Polis Dan Tentera Sebagai Warden Sepenuh Masa MRSM Bagi Tangani Isu B*li first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments