Ketiadaan pelawak Yassin dalam aktiviti seni kumpulan Senario terus menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi.
Salah seorang anggota Senario iaitu Wahid meluahkan rasa rindu terhadap rakannya itu setelah lama tidak berjumpa.
Memetik laporan Mstar, Wahid atau nama lengkap Abdul Wahid Mohamad berkata, Yaasin memainkan peranan yang penting dalam perjalanan kerjaya seni Senario dan ketiadaannya amat dirasai.
Memang rindu sangat. Saya tidak malu mengaku dia adalah sumber rezeki sebab Yaasin rajin mencari peluang tawaran kerja.
Apabila dia tiada, saya rasa kehilangan. Saya ada kongsi satu video bersama dia dan itu kali terakhir kami berjumpa.
Saya juga tak sempat hantar dia ke lapangan terbang sebelum ni.
Masih nekad untuk berdiam diri, Wahid enggan mengulas ketiadaan Yaasin yang dikaitkan dengan berita penangkapan seorang pelawak di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz, Jeddah pada Oktober tahun lalu kerana memiliki ganja.
Saya tak boleh nak cakap apa. Sebagai kawan, kami tetap akan berdiam. Perkara ni melibatkan keluarga.
Dalam pada itu, pelawak itu turut berharap agar apa jua yang berlaku terhadap rakannya akan menjadi satu hikmah yang besar di masa akan datang.
Dia juga mengingatkan orang ramai agar tidak mudah membuat sebarang spekulasi tanpa mendapatkan berita yang sahih.
Saya harap apa yang berlaku tidak akan menjadi tanda tanya ramai. Kalau boleh, janganlah fikir yang bukan-bukan.
Semua yang berlaku adalah kerja Allah dan sudah tertulis. Walau dia dihina sekarang ni, pasti akan ada satu perkara baik menanti dia.
The post “Memang Rindu Sangat, Dia Sumber Rezeki…” – Wahid Akui Rasa Kehilangan Tanpa Yassin first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments