Memetik Harian Metro, pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan bahawa selebriti bergelar penyanyi yang ditangkap khalwat pada Selasa bukanlah Nadeera Zaini.
Perkara itu dimaklumkan Pegawai Perhubungan Awam JAIS, Nur Syamira Nd Suffri yang mengesahkan perkara itu.
JAIS sahkan tangkapan (khalwat) berlaku semalam (Selasa) namun tidak membabitkan Nadeera seperti didakwa.
Syamira walau bagaimanapun tidak memperincikan mengenai tangkapan itu.
Terdahulu, media sosial menjadi kecoh apabila seorang penyanyi yang juga bekas peserta program realiti didakwa telah ditangkap khalwat bersama kekasihnya yang bergelar suami orang di rumah sewa mereka, semalam.
Nama Nadeera kemudian diperkatakan namun dinafikan pengurus penyanyi lagu Bukan Lagi Kita itu iaitu Acap.
Maklum Acap, Nadeera sibuk menjalani latihan bagi menghadapi Anugerah Juara Lagu ke-39 yang bakal berlangsung Ahad ini dan sama sekali tidak terlibat dalam aktiviti tidak bermoral itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pad apautan di bawah.
The post “Artis Yang Ditangkap Khalwat Bukan Nadeera” – JAIS first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments