Pempengaruh wanita yang tular kerana mempunyai ketinggian luar biasa, SchaYang dilaporkan meninggal dunia akibat sesak nafas, malam tadi.
Baru mendirikan rumah tangga seminggu yang lalu, pemergian SchaYang atau Nur Syahirah Saufi, 28, dimaklumkan oleh adiknya dikenali sebagai Wani sekitar jam 11 malam lebih.
Mohon sedekahkan al-Fatihah dan maafkan segala salah silap Scha. Kalau ada Scha berhutang, mohon bagi tahu atau halalkan.
Sebelum ini, SchaYang selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Syahmi dan pasangan itu tular kerana ketinggian dimiliki mereka.
Malah, media juga sebelum ini pernah melaporkan tentang ahli keluarga arwah yang rata-ratanya mempunyai ketinggian luar biasa.
Pempengaruh yang berasal dari Kota Bharu, Kelantai tersebut memiliki ketinggian 186cm manakala suaminya pula 195cm.
Berkongsi kepada media, adiknya, Nur Syazwani Najihah Saufi, 18, berkata kakaknya berada dalam tempoh yang gembira dalam tempoh seminggu sebelum ini kerana bertemu jodoh yang serasi pada 30 Januari lalu.
Namun, malam tadi keluarga bersedih selepas kakak meninggal dunia akibat sesak nafas kerana mempunyai penyakit jantung.
Kata Wani, dia terkejut dengan pemergian kakaknya kerana sebelum ini mereka bersembang dan sempat bergurau senda di ruang tamu rumah keluarga.
Ketika berbual kakak kata sakit dada dan dia sempat menggosok bahagian itu sebelum pengsan di atas riba saya.
Keluarga kemudian cuba membantu sambil menghubungi ambulan untuk membawa SchaYang ke hospital namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba.
Ketika kejadian, suaminya telah pulang ke Terengganu kerana perlu bekerja dan keluarga kemudian mengubunginya untuk terus pulang ke kampung melihat keadaan isterinya.
Jenazah kakak dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sering selepas solat Jumaat hari ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Pempengaruh Tinggi Luar Biasa, SchaYang Meninggal Dunia Selepas Seminggu Bergelar Isteri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments