Penyanyi popular, Ziana Zain memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai laporan media berhubung beberapa selebriti termasuk penyanyi terkenal yang dikaitkan dengan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Ops Sky.
Walau bagaimanapun, menurut Astro Gempak, Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain berkata dia memahami tugas pihak media yang menginginkan penjelasan berhubung perkara itu.
Tiada komenlah sayang. Kak Gee hanya menyanyi saja sayang.
Terdahulu, media melaporkan kenyataan daripada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki yang mana terdapat beberapa selebriti termasuk penyanyi terkenal yang dikaitkan dengan syarikat perundingan kewangan yang tumpas dalam Ops Sky.
The post Ziana Zain Enggan Ulas Isu Ops Sky – “Tiada Komen Sayang, Kak Gee Hanya Menyanyi” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments