Baru-baru ini, pelakon Tiz Zaqyah pula bersuara dengan meminta pempengaruh, Imran Bard untuk tampil dan memohon maaf secara ikhlas kepada pelakon, Ellie Suriaty berhubung isu yang membabitkan mereka.
Tiz atau nama penuhnya Siti Zaqyah Abdul Razak, berpendapat bahawa permohonan maaf Imran sebelum ini kelihatan tidak ikhlas dan tidak dilakukan dengan cara yang betul.
Imran, awak telah menyinggung perasaan seseorang dan cara terbaik adalah meminta maaf dengan cara yang betul, ikhlas dan beradab.
Saya kurang bersetuju dengan cara awak meminta maaf sebelum ini.
Saya lihat awak ada masa depan yang jauh. Tapi kalau macam ni sikapnya, sorry pun no cure.
Kata Tiz, sepanjang dia mengenali Ellie, pelakon itu sentiasa positif dan sering memberi semangat kepada orang di sekeliling.
Ellie yang saya kenali, dia seorang yang sangat baik dan penyayang. Saya bukan orang yang mudah menyayangi dan mempercayai orang lain.
Ellie seorang yang mempunyai hati yang baik dan selalu memberi kata-kata semangat.
Terdahulu, Ellie atau nama lengkap Ellie Suriaty Omar mengadakan satu sidang media meluahkan rasa kurang senang dengan kandungan dihasilkan Imran Bard kerana telah memperlekeh reputasinya sebagai seorang anak seni.
The post Tiz Zaqyah Minta Imran Bard Mohon Maaf Secara Ikhlas – “Saya Kurang Setuju Dengan Cara Awak..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments