Sedia maklum, beberapa hari lalu pelakon, Ellie Suriaty meluahkan rasa kesal kerana namanya digunakan dalam salah satu konten parodi pempengaruh, Imran Bard di laman TikTok hingga meminta ibu bapa individu tersebut datang memohon maaf kepadanya.
Mahu jumpa ibu Imran di hospital untuk tuntut permohon maaf
Tampil membalas kenyataan Ellie, Imran memaklumkan ibunya tidak dapat berjumpa dengan pelakon tersebut susulan kini berada di hospital akibat sakit.
View this post on Instagram
Tidak kisah dengan hal tersebut, aktres itu berkata dia tetap dengan pendiriannya untuk bertemu dengan ibu dan bapa ‘influencer’ berkenaan untuk memohon maaf kepadanya.
Ibu dia di hospital mana? Biar saya sendiri yang pergi ziarah. Kalau orang sakit elok untuk pergi ziarah. Saya tetap tuntut ibu bapa dia mohon maaf.
Permohonan maaf Imran tak ikhlas
Apabila meminta untuk mengulas video permohonan maaf Imran di laman TikTok, pelakon itu menganggap permohonan maaf yang dilakukan tidak ikhlas.
Apa yang dia buat bukan parodi. Jangan guna terma parodi jika tidak faham maksud. Cuba bayangkan jika ibu bapa mereka diperkatakan sebegitu.
The post “Hospital Mana? Biar Saya Ziarah” – Ellie Suriaty Tetap Pendirian, Mahu Tuntut Permohonan Maaf Ibu Bapa Imran Bard first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments