Tular di media sosial rakaman yang memaparkan pergaduhan di sebuah pangsapuri di Ukay Perdana, Ampang Jaya dan ia menjadi bualan netizen kerana sikap sebuah keluarga yang naik angin apabila disuruh buang barangan yang memenuhi kawasan koridor.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku pada 22 Februari lalu ketika pihak pengurusan menjalankan operasi terhadap rumah itu kerana meninggalkan barang di ruang siar kaki.
Berdasarkan video itu juga boleh dilihat terdapat banyak barangan yang diletakkan di siar kaki seperti kabinet, tong air, kipas, basikal kanak-kanak dan macam-macam lagi.
Bagaimanapun, pergaduhan berlaku apabila mereka ditegur dan netizen mengkritik cara keluarga tersebut mengamuk, menjerit-jerit, menengking dan mengeluarkan kata-kata yang tidak elok.
Seorang lelaki didengari berkata dia tidak kisah jika tingkah laku mereka dirakam dan tidak peduli sekiranya jiran mahu membuat laporan serta membawa kes ke mahkamah.
Kau sikit sikit mahkamah. Kau punya pasal la kau nak rakam. Dia ni muka bod*h la. Bod*h betul.
Watch on TikTok
Difahamkan, Semua barang-barang kepunyaan keluarga itu yang diletakkan di koridor telah disita dan mereka perlu menanggung kos pembersihan dan sewaan tong roro.
Keluarga itu juga dikatakan mempunyai tunggakan yuran penyelenggaraan sebanyak RM13,000 dan kes akan dibawa ke mahkamah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain padapautan di bawah.
The post “Aku Peduli Apa Dengan Mahkamah, Bod*h La” – Satu Keluarga Mengamuk Disuruh Buang Barang Penuh Di Koridor Aparment first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments