#Hiburan: Jemaah Tarekat Nasqabandiyah Sudah Mula Berpuasa Sejak Semalam

Lapor Detik News, Jemaah Tarekat Nasqabandiyah di Kota Padang, Sumatera Barat, Indonesia telah mula menjalani ibadah puasa Ramadan sejak semalam.

Pelaksanaan ibadah itu dilaporkan dilakukan lebih awal dari jadual yang ditetapkan oleh pemerintah negara itu.

Advertisement

Kami mulai puasa pada Khamis ini. Sementara pada Rabu malam, kami akan melaksanakan solat terawih perdana di Surau Baru.

Imam Surau Baru, Zahar berkata demikian di mana penentuan awal puasa Tarekat Naqsabandiyah sudah ditetapkan sejak dua bulan yang lalu.

Zahar menerangkan bahawa penetapan awal puasa Tarekat Naqsabandiyah telah dibuat dua bulan sebelum ini.

Dia menegaskan bahawa keputusan untuk memulakan ibadah puasa lebih awal diperoleh setelah para ulama Naqsabandiyah mengadakan pertemuan dan bermusyawarah bagi menentukan tarikh permulaan Ramadhan melalui hisab, ru’yah, dalil, ijma, dan qiyas.

Hasil daripada perbincangan tersebut, mereka memutuskan bahawa puasa bermula pada hari Khamis, iaitu semalam.

Zahar turut menambah bahawa jemaah Naqsabandiyah tahun ini akan menjalani ibadah puasa selama 30 hari penuh, sama seperti yang dilakukan pada tahun-tahun sebelumnya.

Selain itu, video yang dimuat naik oleh CNN Indonesia menunjukkan bahawa jemaah tarekat tersebut sudah pun melaksanakan ibadah solat terawih di sebuah masjid di sana.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

menteri agama kes khalwat ruhainies aliff aziz selesai
3 hours ago

"Sudah Selesai, Tutup Buku" - Menteri Agama Sahkan Aliff Aziz & Ruhainies Mengaku Bersalah Berkhalwat

The post Jemaah Tarekat Nasqabandiyah Sudah Mula Berpuasa Sejak Semalam first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments