#Hiburan: “Kakak Tak Datang Kenduri Pun” – Peminat Perasan Nur Fazura ‘Unfollow’ Mimi Lana Di Instagram, Tiada ‘Wish’ Di Hari Perkahwinan

Semalam, pelakon sensasi Mimi Lana dan Syafiq Kyle telah menamatkan zaman bujang setelah kedua-duanya selamat bergelar suami isteri di satu majlis tertutup di kediaman aktres itu di Taiping.

Berikutan itu, ramai peminat yang tertunggu-tunggu Mimi dan Syafiq disatukan tampil menitipkan ucapan tahniah dan berdoa agar kedua-duanya bahagia hingga ke syurga.

Advertisement

Bukan sahaja peminat, malah rakan-rakan selebriti turut tumpang gembira dan meraikan hari bahagia pasangan sama cantik sama padan itu.

Namun, mata peminat juga tertumpu apabila pelakon dan usahawan Nur Fazura tidak kelihatan di majlis pernikahan Mimi dan Syafiq memandangkan kedua-duanya sangat rapat sebelum ini.

Malah, ada juga peminat yang bertanyakan keberadaan Nur Fazura di majlis Mimi Lana dan Syafiq Kyle namun tidak dijawab bekas isteri kepada aktor Fattah Amin itu.

Difahamkan juga, Nur Fazura sudah tidak lagi mengikuti akaun Instagram Mimi Lana namun Mimi masih lagi mengikuti akaun Fazura.

Miss Fazura unfollow mimi

fazura unfollow mimi

Ia sekaligus mencetuskan spekulasi dan pertanyaan netizen mengenai hubungan persahabatan di antara mereka yang didakwa keruh.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Shila amzah ibu tiri
21 hours ago

"Bersihkan Foto Galeri, Banyak Gambar Ibu Tiri Yang Dulunya Sahabat Saya.." - Shila Amzah

The post “Kakak Tak Datang Kenduri Pun” – Peminat Perasan Nur Fazura ‘Unfollow’ Mimi Lana Di Instagram, Tiada ‘Wish’ Di Hari Perkahwinan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments