#Hiburan: Dua Anak Jadi Yatim Piatu Sekelip Mata, Pasangan Suami Isteri Maut Apabila Kereta Bertembung Treler

Sepasangan suami isteri maut dalam kemalangan jalan raya yang tragis apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah treler.

Menurut laporan Harian Metro, kejadian tersebut berlaku di lokasi KM 3 Jalan Gua Musang-Kuala Krai dalam laporan awal.

Advertisement

Menurut pihak berkuasa, kemalangan itu dipercayai berpunca daripada faktor kelajuan dan kemungkinan keletihan pemandu treler.

Apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa yang mengambil selekoh ke kanan jalan hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan treler.

 

Pertembungan terbabit menyebabkan treler terbabas dan terbalik sehingga melintang jalan, manakala kereta mangsa terbabas ke bahu kiri jalan.

kemalangan

Pasangan tersebut dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah. Manakala pemandu treler tersebut tercedera dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Pihak polis sedang menjalankan siasatan terperinci untuk menentukan punca sebenar kemalangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Keluarga mangsa telah dimaklumkan, dan jenazah telah dibawa ke hospital untuk proses pengesahan dan urusan selanjutnya.

Mangsa meninggalkan dua anak yang baru sahaja berusia 10 bulan, dan 5 tahun terselamat.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah/

bakal pengantin maut
6 days ago

"Impian Kita Tak Kesampaian.." - Lagi 5 Hari Nak Kahwin, Lelaki Luah Rasa Sedih Bakal Isteri Maut Akibat Kemalangan

The post Dua Anak Jadi Yatim Piatu Sekelip Mata, Pasangan Suami Isteri Maut Apabila Kereta Bertembung Treler first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments