Pernah tak anda rasa kurang selesa kerana bau badan yang mengganggu? Atau kurang yakin bila peluh mula keluar?
Bayangkan pula kalau orang sekeliling mula bagi ‘hint’ yang badan anda mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
Malunya! Terus rasa hilang mood!
Badan Berbau? Cuba Tips Ni & Elak Ganggu Orang Sekeliling Dengan Bau Tak Menyenangkan!
1. Mandi Lebih Kerap Selepas Berpeluh/Bersenam
Tinggal di negara beriklim Khatulistiwa ni, berpeluh merupakan perkara biasa. Bagi mengelakkan badan mengeluarkan bau badan yang kurang menyenangkan, biasakan untuk mandi selepas beraktivi terutamanya selepas bersukan.
Biasakan juga untuk mandi pagi sebelum memulakan hari kerana sewaktu tidur badan kita juga sebenarnya berpeluh. Jangan biarkan bau badan anda mengganggu hari orang sekeliling!
2. Pilih Deodoran Yang Tepat
Pilih deodoran yang bukan sahaja boleh hilangkan bau badan secara semula jadi, tapi juga boleh mempengaruhi mood anda!
Bila badan wangi, confirm anda ceria sepanjang hari!
3. Jangan Ulang Pakaian Yang Digunakan
Tidak kiralah sama ada anda rasa baju ‘nampak’ bersih. Elakkan mengulangi pakaian terutamanya baju. Ini kerana anda mungkin tidak sedar yang anda berpeluh dan ia telah kering.
Peluh yang bercampur dengan bakteria pada kulit ini akan meninggalkan bau pada pakaian anda dan jika diulang pakai menyebabkan anda membawa bau yang kurang disenangi orang sekeliling.
Smelly No More Kini Hadir Dengan 2 Varian Baru
Tak tau nak pilih deodoran yang mampu menghilangkan bau badan? Smelly No More kan ada!
Kali ni, Smelly No More memperkenalkan 2 lagi haruman yang dapat bantu jadi mood booster anda dengan keharuman dan perlindungan daripada bau badan sepanjang hari.
Memperkenalkan Smelly No More Relaxing Deodorant Spray dan Smelly No More Soothing Deodorant Spray.
Smelly No More Relaxing Deodorant Spray menggabungkan aroma bunga Peony yang halus dengan bau Strawberi yang manis dan menyegarkan (eksklusif di Watsons).
Smelly No More Soothing Deodorant Spray pula diselit dengan campuran menyegarkan minyak pati Gardenia dan Oren, menghasilkan aroma yang menyegarkan dan menenangkan (eksklusif di Gaurdian).
Deodoran Smelly No More bukanlah jenama yang asing di pasaran, ia diperbuat daripada garam mineral semulajadi yang terbukti berkesan membunuh bakteria yang menjadi penyebab utama bau badan.
Selain itu, deodoran ini juga bebas alkohol, hypoallergenic dan sesuai untuk kulit sensitif.
Paling best, ia boleh bertahan 2 hingga 3 bulan serta diinfus dengan pati minyak aromatik yang memberikan bau harum.
Selain 2 wangian di atas, varian Smelly No More yang sedia ada di pasaran ialah:
– Smelly No More Calming Deodorant Spray (Vanilla & Bergamot)
– Smelly No More Energising Deodorant Spray (Fresh Lily & Grapefruit).
– Smelly No More Refreshing Deodorant Spray (Green Tea & Peppermint).
– Smelly No More Rejuvenating Deodorant Spray (Geranium & Cherry Blossom).
Jangan Sebar Bau Yang Kurang Menyenangkan. Gunakan Smelly No More!
Memandangkan kita dah kembali ke musim panas, confirm bawah lengan dan badan lagi senang berpeluh.
Jadi anda yang ada masalah bau badan tu, dah tau nak buat apa kan?
Kekal segar sepanjang hari dengan deodoran Smelly No More. Dapatkan deodoran anda di Watsons, Guardian, Caring Pharmacies, AEON Wellness, BIG Pharmacies, Alpro dan farmasi utama yang lain.
Anda juga boleh membuat pesanan dalam talian melalui laman web rasmi Total Image, Shopee, Lazada dan TikTok Shop.
The post Bau Badan Boleh Jejaskan Mood? Ini Solusinya! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments