Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai seorang penyanyi wanita yang didakwa mempamerkan kelakuan yang tidak senonoh ketika dijemput memeriahkan suasana di Dataran Labuan.
Menerusi satu perkongsian di Facebook, seorang individu telah meluahkan rasa sedih selepas melihat perilaku golongan muda yang dilihat terikut dengan kelakuan selebriti tersebut.
Dalam kiriman gambar jelas menunjukkan golongan belia terkinja-kinja mengikut salah laku artis tersebut.
Sangat mendukacitakan apabila melihat foto tersebut.
Dalam pada itu, individu tersebut turut mempersoalkan keputusan pihak penganjur yang menjemput artis ‘kontroversi’ untuk menghadiri program tersebut.
Kenapa artis kontroversi ini menjadi pilihan penganjur?
Tiada ke artis lain yang lebih sopan dan boleh jadi contoh kepada anak-anak muda?
Kenapa pihak bertanggungjawab luluskan permit artis tersebut?
Bagi saya budaya menjemput artis kontroversi adalah satu kesilapan yang membawa kepada kesan negatif kepada masyarakat Islam dan anak-anak muda di Labuan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut kecewa dengan tindakan pihak penganjur.
Ada juga netizen yang memberi nasihat kepada pihak penganjur agar lebih bijak dalam memilih artis jemputan yang ingin dijemput ke program mereka.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.
The post Selebriti Wanita Didakwa Berkelakukan Tidak Senonoh Di Dataran Labuan – “Tak Ada Artis Lain Yang Lebih Sopan Ke?” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments