#Hiburan: Menipu Polis Indonesia Untuk Konten, Ini Teguran Aisar Khaled Untuk Ammar Nazhan – “Fikir Dulu, Kalau Konten Itu..””

Pempengaruh Malaysia yang dikenali dan mempunyai ramai peminat di Indonesia, Aisar Khaled memberi teguran kepada Youtuber Ammar Nazhan gara-gara isu penipuan melibatkan pihak berkuasa baru-baru ini.

Sebagai salah seorang pempengaruh dan content creator yang berjaya menembus dan mencipta nama di negara jiran, Aisar sempat memberi respon serta menegur Ammar Nazhan.

Advertisement

Ammar Nazhan konten Eyka hilang

Akuinya, pencipta kandungan sudah biasa melakukan sesuatu atau gimik untuk dijadikan konten dan meraih perhatian namun Aisar berpendapat bahawa ia haruslah dilakukan secara berpada-pada.

Kata Aisar, Ammar dan pasukannya bukanlah tidak bagus tetapi mungkin kerana mereka buntu daripada segi idea dan tiada orang untuk dirujuk mahu pun untuk mendapatkan nasihat.

Mereka ini bukan tidak bagus, tetapi disebabkan buntu daripada segi idea dan tiada orang mahu bagi nasihat yang baik. Nasihat saya, kalau ‘content’ itu tidak betul, cuba perbaiki balik. Fikir dahulu dan pastikan apa yang kita buat itu beri nasihat dan pengajaran kepada penonton.

Aisar adalah antara pempengaruh yang disenangi rakyat Indonesia dan namanya melonjak naik dan digelar ‘Sultan Malaysia’ selain diminati kerana dianggap sangat pemurah.

Aisar Khaled di Indonesia

Terdahulu, Polis Indonesia mengesahkan bahawa kehilangan Eyka adalah satu lakonan dan konten semata-mata dan menegaskan bahawa apa yang dilakukan team Ammar Nazhan adalah salah di sisi undang-undang  berkaitan penyebaran berita palsu.

Mereka turut berkata Ammar Nazhan dan pasukannya sudah membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi tulisan tangan dan video serta berjanji tidak akan mengulangi kesilapan tersebut di masa hadapan.

michael ang geram pempengaruh buat konten rakan hilang di hutan
20 hours ago

Buat Konten Rakan Hilang Di Hutan, Michael Ang Bengang Pempengaruh Malukan Nama Negara - “Sila Tahan Mereka Bila Balik Sini”

 

The post Menipu Polis Indonesia Untuk Konten, Ini Teguran Aisar Khaled Untuk Ammar Nazhan – “Fikir Dulu, Kalau Konten Itu..”” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments