#Hiburan: Sakit-Sakit Masih Menjual Sambal, Netizen Sedih Lihat Video Lama Arwah Shamira – “Sedihnya, Arwah Cuma Nak Berniaga Je Tapi..”

Sedia maklum, beberapa hari yang lalu, seorang peniaga wanita ditemui mati di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, di mana hasil siasatan mendapati, wanita itu dibunuh selepas suspek membuat pesanan makanan daripadanya.

Arwah berniaga walaupun sakit

Insiden ini sememangnya memberi kesan kepada orang ramai dan yang terbaru, di platform X, tular satu video di muat naik oleh salah seorang pembeli yang memaparkan arwah sedang mempromosikan sambalnya.

Advertisement

Ketika itu, arwah yang bernama Shamira berkata dirinya kurang sihat tetapi masih kekal kuat menjual produknya.

Sakit-sakit tekak pun masih menjual sambal.. Baru je jumpa minggu lepas.

Netizen sedih, pembunuh terlalu kejam

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dengan tindakan pembunuh yang tergamak membunuh arwah sedangkan dia hanya mahu mencari rezeki buat keluarga.

komen

Dalam pada masa yang sama, netizen turut memberi nasihat agar menjaga diri, lagi-lagi wanita yang sering memakai barang kemas kerana ramai juga yang akan memerhati.

KP Pahang
2 days ago

Barang Kemas 'Lesap', Ada Unsur Jenayah Di Tubuh Peniaga Wanita Yang Maut Ketika COD Makanan

The post Sakit-Sakit Masih Menjual Sambal, Netizen Sedih Lihat Video Lama Arwah Shamira – “Sedihnya, Arwah Cuma Nak Berniaga Je Tapi..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments