#Hiburan: “Setiap Lagu Yang Saya Nyanyikan Nanti Adalah Cerminan Warna Kehidupan Saya” – Amy Search Bakal Adakan Konsert Solo Pertama Selepas Lebih 4 Dekad Dalam Industri

Penyanyi rock lagenda tanah air, Datuk Amy Search bakal mengukir sejarah dalam kariernya apabila akan menjayakan konsert solonya yang pertama di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 26 April ini.

Menurut sumber, Amy Search Magic First Solo Concert itu dijangka akan menjadi salah satu detik penting dalam perjalanan seninya selama lebih empat dekad berada di dalam industri muzik.

Advertisement

konsert solo amy search

Amy sedia tonjol sisi yang berbeza

Setelah 44 tahun mencipta fenomena bersama kumpulan Search, Amy kini bersedia menampilkan sisi berbeza, langkah yang dianggap sebagai usaha untuk memperlihatkan kehebatannya dengan lebih mendalam dan intim kepada peminat.

Saya menerima pelawaan pihak penganjur tahun lalu. Tidak dinafikan memang ramai yang menawarkan saya menjayakan konsert solo, tapi saya selalu beri alasan belum bersedia.

 

Tapi disebabkan tawaran ini datang daripada pengarah konsert, Jennifer Thompson saya terus terima sebab saya nak barisan tenaga kreatif yang cukup berpengalaman dan bukan tangkap muat.

konsert solo amy search

Setiap lagu yang akan saya nyanyikan nanti adalah cerminan daripada warna kehidupan saya . Setiap nota dan lirik membawa kisah yang berbeza, melambangkan suka-duka yang saya lalui dalam industri muzik ini.

 

Saya berharap konsert ini akan memberi ruang kepada peminat untuk merasai segala perasaan yang saya alami sepanjang perjalanan ini.

Amy nafi bersikap jual mahal

Dalam pada itu, ikon rock Malaysia itu menafikan dia bersikap jual mahal apabila dia menolak pelawaan beberapa penganjur untuk mengadakan konsert solonya sebelum ini.

konsert solo amy search

Kata Amy, dia memerlukan orang dan waktu yang tepat sebelum bersetuju untuk menjayakan konsert.

Saya bukan jual mahal, tapi siapa produser konsert adalah penting untuk saya. Mereka perlu memahami latar belakang saya. Saya perlukan orang yang tepat dan waktu yang tepat sebelum setuju untuk menjayakan konsert.

 

Melalui konsert solo ini, saya ingin mempersembahkan bukan saja muzik, tetapi juga jiwa saya. Lagu-lagu yang akan saya bawakan adalah bukan sekadar hits, tetapi juga pengalaman hidup yang membentuk siapa saya hari ini. Peminat akan dapat melihat sisi peribadi saya yang jarang mereka ketahui.

konsert solo amy search

Konsert ini dianjurkan secara eksklusif oleh TheWhiteGroup dengan kerjasama Perbadanan Stadium Malaysia.

Tiket konsert ini akan mula dijual bermula 5 Februari 2025 di www.wowtix.com.my 

5 days ago

“Ada Kala Kita Tahu Lagu Tu Boleh ‘Pergi’, Ada Kala Kita Tak Tahu” - Amy Search Nasihat Penyanyi Baharu Cari Genre Sesuai, ‘Killer Song’ Bantu Tonjolkan Bakat

The post “Setiap Lagu Yang Saya Nyanyikan Nanti Adalah Cerminan Warna Kehidupan Saya” – Amy Search Bakal Adakan Konsert Solo Pertama Selepas Lebih 4 Dekad Dalam Industri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments