#Hiburan: Amira Othman Mengaji Al-Quran Jadi Tumpuan, Netizen Jodohkan Dengan Fattah – “Puan Azizah Mesti ‘Approve'”

Satu perkongsian di TikTok memaparkan penyanyi Amira Othman mengalunkan bacaan Al-Quran menjadi tular di media sosial.

Dalam video tersebut, kelihatan Amira,32, berbusana putih membaca surah Al-Buruj dengan begitu merdu dan lancar.

Advertisement

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memuji kelunakan suara Amira Othman selain menganggap penyanyi itu sebagai wanita yang baik kerana pandai mengimbangi kehidupannya sebagai seorang artis dan muslimah.

Malah, ada juga yang meminta pelakon Fattah Amin untuk menjadikan Amira sebagai calon isteri susulan kontroversi melibatkan kedua-dua figura itu sebelum ini.

Kata netizen, segeralah meminang Amira Othman untuk dijadikan isteri kerana latar belakang serta personaliti yang dianggap sesuai dengan aktor kacak itu.

Terdahulu, Amira menjadi tumpuan ramai setelah dia ada mengundang Fattah untuk tampil dalam muzik video single terbaharunya berjudul Bila Nak Kahwin baru-baru ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Along cham beri bayangan sudah bercerai
20 hours ago

"#KembaliBujang" - Selesai Urusan Di Mahkamah Syariah, Along Cham Beri Bayangan Sudah Bercerai

The post Amira Othman Mengaji Al-Quran Jadi Tumpuan, Netizen Jodohkan Dengan Fattah – “Puan Azizah Mesti ‘Approve'” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments