Kes khalwat melibatkan penyanyi Aliff Aziz dan Ruhainies telah menemui penghujung apabila kedua-duanya selesai membayar denda sebanyak RM3,000 setiap seorang .
Lapor Xtra, denda itu telah dimuktamadkan menerusi prosiding yang berlangsung pada Jumaat lalu di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan di luar pengetahuan media.
Sebelum ini, mahkamah berkenaan telah menetapkan tarikh sebutan bagi prosiding kes pada 20 dan 27 Februari ini.
Walau bagaimanapun, kedua-duanya tidak hadir pada 20 Februari lalu dan kes juga ditangguhkan atas sebab yang tidak pasti.
Peguam syarie yang mewakili Aliff dan Ruhainies juga tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan pengesahan berkenaan perbicaraan kes itu.
Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan berhubung kes khalwat yang dihadapi mereka pada awal Mac tahun lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Kes Khalwat Ruhainies Dan Aliff Aziz Didakwa Sudah Selesai, Bayar Denda RM3K Setiap Seorang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments